KL2017
Sukan SEA: Zolkples yakin setiap venue dapat disiapkan bulan depan
Ketua Ppegawai Eksekutif, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, mengharapkan kesabaran atlet untuk tidak terlalu khuatir mengenai venue yang masih belum siap menjelang temasya pada Ogos ini.
Melihat kebimbangan sesetengah atlet yang menyifatkan mereka masih tidak dapat berasa kelebihan sebagai tuan rumah disebabkan venue yang belum siap, Zolkples berharap mereka tidak menjadikan ia sebagai alasan yang boleh menjejaskan proses persiapan.
Baginya, atlet tidak sepatutnya terlalu merisaukan isu itu kerana mereka masih ada masa untuk menggunakan venue masing-masing bermula Julai depan.
Iklan
Jika prestasi sesebuah atlet atau pasukan itu sememangnya cemerlang, soal venue hanyalah masalah kecil yang tidak akan menjejaskan persiapan mereka.
"Kami akan memberi peluang kepada atlet Malaysia menyesuaikan diri dengan venue lebih awal daripada negara-negara lain," kata Zolkples.
Kompleks Sukan Bukit Jalil, khususnya, bakal digunakan secara rasmi oleh barisan atlet pada Julai sebagai persiapan mereka secara menyeluruh.
Venue lain seperti MITEC, bagaimanapun, dalam persiapan sehingga pertengahan Julai depan.
Must-Watch Video