Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Layak ke pusingan kedua dengan benam Jerman, Presiden pasukan ke-23 dunia isytihar cuti umum

ecuador

Presiden Ecuador, Daniel Noboa, mengisytiharkan  hari ini sebagai hari cuti kebangsaan selepas pasukan bola sepak negara itu layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan gergasi, Jerman pagi tadi.

"Terima kasih kepada pemain dan jurulatih, walaupun menerima kritikan, hinaan, dan melalui detik-detik sukar, berjaya bangkit semula dan memberikan kegembiraan yang amat besar ini kepada seluruh negara.

"Esok cuti umum!" kata Noboa dalam satu hantaran X.

Ecuador memerlukan kemenangan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E itu susulan kekalahan kepada Ivory Coast dan keputusan seri dengan Curacao.

Pasukan Amerika Selatan itu bolos awal ketika menentang Jerman tetapi bangkit berjuang untuk memastikan kemenangan, sekali gus mencetuskan sambutan hangat dalam kalangan peminat di Stadium New York New Jersey.

Jerman mengesahkan kelayakan lebih awal sebagai juara kumpulan dan Ivory Coast pula menduduki tempat kedua selepas kemenangan 2-0 mereka ke atas Curacao.

Ecuador layak sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik, sekali gus mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah selepas kali terakhir melakukannya pada 2006.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement