Ketua jurulatih Paraguay, Gustavo Alfaro, berkata pihak penganjur Piala Dunia 2026 sepatutnya menilai semula kedudukan papan iklan di tepi padang selepas penyerangnya, Julio Enciso, merempuh salah satu papan iklan di belakang gawang Australia ketika terikat 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan D di Santa Clara pagi tadi.
Enciso mengalami impak lebih buruk ketika berebut bola dengan pertahanan Australia, Alessandro Circati, dalam separuh masa kedua di Stadium San Francisco Bay Area.
Enciso bangkit berdiri dengan perlahan-lahan dan berhati-hati selepas situasi itu tetapi masih meneruskan baki perlawanan.
"Saya rasa mungkin jika ada lebih banyak ruang, ia lebih bagus kerana sudah tentu intensiti permainan adalah sangat tinggi dan kadangkala jika pemain hilang keseimbangan, mereka boleh terjatuh dan mengalami kecederaan dan perkara-perkara ini boleh berlaku," kata Alfaro dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Jadi, mungkin kita perlu memikirkan perkara itu dan menilai semula.
Keputusan itu meletakkan Paraguay di tempat ketiga di belakang juara Kumpulan D, Amerika Syarikat, dan Australia di tempat kedua, di mana kedua-dua pasukan berkenaan telah pun layak ke pusingan kedua.
Paraguay pula terpaksa menunggu keputusan lain peringkat kumpulan untuk mengetahui sama ada mereka akan mara sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik atau tidak.