Kami merujuk kepada artikel yang diterbitkan pada 26.3.2026 di platform media sosial Astro Arena berhubung kedudukan kewangan Kelantan WTS FC.
Kami mengakui artikel itu mengandungi maklumat tidak benar/salah. Sejurus menyedari perkara terbabit, kami mengambil langkah segera untuk menurunkan artikel berkenaan.
Artikel itu diterbitkan ekoran kesilapan proses dalaman yang tidak disengajakan.
Ia tidak bertujuan untuk memberikan gambaran yang salah mengenai kedudukan kewangan Kelantan WTS FC atau menjejaskan reputasi serta pengurusan Kelantan WTS FC.
Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada Kelantan WTS FC atas sebarang kesulitan yang timbul akibat penerbitan artikel tersebut.
Kami kekal komited terhadap laporan yang bertanggungjawab serta akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelakkan kesilapan sama berulang pada masa depan.