Skip to main content

Bola Sepak

Pertumbuhan di akademi bola sepak perlu dipantau -- Ong Kim Swee

ong kim swee

Pertumbuhan akademi bola sepak yang kian pesat di negara ini membawa kepada gambaran bahawa banyak pihak yang mengambil cakna dengan pembangunan sukan nombor satu dunia berkenaan.

Bagaimanapun, seharusnya ada pemantauan bagi memastikan kualiti dan niat asal akademi berkenaan ditubuhkan dapat dikekalkan.

Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee, memberikan penekanan betapa proses di peringkat awal pemain dengan bola sepak merupakan fasa paling kritikal yang memerlukan pemantauan daripada jurulatih berkualiti.

"Yang utama daripada segi kejurulatihan, di mana ia amat penting," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kerana kita tahu usia remaja dan pembangunan dari umur 7 hingga 12 tahun ini amat penting.

"Jadi, kalau akademi yang ditubuhkan atau akademi sedia ada melakukan proses kejurulatihan yang mengikut garis panduan yang disediakan, ia pasti dapat membantu kami (NFDP).

"Selain daripada corak latihan, sudah pasti jurulatih juga memainkan peranan yang cukup penting."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video