Skuad futsal wanita negara harus mengambil langkah bijak bagi menghadapi format round-robin ketika beraksi di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.
Skuad negara akan menentang Indonesia, Myanmar, Vietnam dan juara bertahan, Thailand, sama seperti edisi 2013 di Nay Pyi Taw.
Kempen empat tahun lalu menyaksikan setiap pasukan merebut klasifikasi untuk menjadi dua pasukan terbaik bagi melayakkan diri ke aksi penentuan pingat emas.
Dengan format round robin, setiap mata adalah berharga.
"Saya memang tidak sempat untuk menganalisis pasukan lawan menjelang Sukan SEA nanti tetapi kami masih lagi menilai prestasi mereka kerana kekurangan kejohanan futsal wanita di peringkat Asia Tenggara dan ASEAN.
"Saya optimis pasukan negara mampu melahirkan pingat buat negara. Kami meletakkan sasaran untuk meraih pingat gangsa.
"Pingat perak adalah satu bonus buat kami," kata jurulatih skuad futsal wanita negara, Muizzuddin Harris.
Muizzudin sementara itu turut mengesahkan aksi persahabatan menentang China sudah diatur dengan tarikh pengumuman senarai akhir skuad bagi kempen KL2017 adalah pada 8 Ogos ini.
"Kami masih menilai lagi senarai akhir pemain yang bakal beraksi dalam Sukan SEA nanti. Perlawanan persahabatan menentang China nanti bakal menjadi bayangan pemain-pemain yang bakal beraksi dalam temasya bulan hadapan."