Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan PDRM menarik diri daripada bertanding dalam Liga Super musim hadapan yang dijangka berlangsung Ogos ini.
Jaguh Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior (KRW), akan menggantikan Sang Saka Biru bagi mencukupkan jumlah penyertaan 12 pasukan.
Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim telah melengkapkan segala dokumen bagi kriteria kewangan untuk dipromosikan ke Liga Super.