Skip to main content

Bola Sepak

Menang! FIFA arahkan bekas juara AFCON bayar gaji

Cisse

Selepas beberapa bulan gaji tidak dibayar, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengarahkan Persekutuan Bolasepak Libya (FLF) untuk membayar pampasan besar €820,000 kepada bekas jurulatih, Aliou Cisse.

Bekas jurulatih Senegal akhirnya memperoleh keadilan untuk menuntut haknya sepanjang tempoh membantu pasukan kebangsaan itu.

Menurut laporan, Cisse mengambil alih skuad bekas juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 1982 itu pada Mac 2025 dengan kontrak dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkan hingga tahun ketiga. Bagaimanapun, Cisse dilaporkan tidak menerima gaji semasa lapan bulan terakhir tempoh perkhidmatannya.

Dakwaan mengatakan FLF mengalami krisis kewangan menyebabkan kelewatan pembayaran gaji. Cisse kemudiannya menamatkan kontraknya pada April 2026 dan memfailkan aduan kepada FIFA.

Pengendali berusia 50 tahun itu sebelum ini telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Mediterranean Knights sebelum segera menerajui Angola.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video