Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kontroversi! Jurulatih pasukan nombor dua dunia salahkan pengadil gagal ke final

Didier

Buat kali pertama dalam tiga edisi, Perancis tidak berjaya mara ke perlawanan akhir selepas tewas 0-2 di tangan juara Euro 2024, Sepanyol, awal pagi tadi.

Ia, sekali gus menyaksikan La Roja menamatkan penantian 16 tahun untuk melangkah ke final selepas kali terakhir pada edisi 2010.

Untuk rekod, ini merupakan separuh akhir ketiga juara 2018 itu terpaksa akur kepada Sepanyol. Perancis telah kalah dalam separuh akhir Euro 2024, separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) 2025 dan terbaru separuh akhir Piala Dunia 2026. Semuanya tewas kepada Sepanyol. 

Ketua jurulatih, Didier Deschamps, mempersoal keputusan pengadil yang didakwa menjadi antara punca pasukannya tidak mampu menewaskan Sepanyol, selain kecewa tidak dapat meraih kejuaraan kali ini.

Pengendali Les Blues itu tidak berselindung sebaliknya meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan oleh pegawai bertugas, Ivan Barton, yang didakwa sering mengganggu permainan menerusi keputusan yang tidak wajar.

"Saya akan bertanya satu soalan, tetapi saya tidak akan menjawabnya.

"Adakah pengadil itu benar-benar berada pada tahap yang diperlukan untuk mengadili perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026?.

"Dan saya bukan berkata demikian hanya kerana kami tewas hari ini.

"Terdapat beberapa situasi yang boleh dipersoalkan. Ada juga keputusan yang memihak kepada kami," katanya.

Terdahulu, naib juara 2022 merupakan penyandang tempat pertama dalam kedudukan dunia, namun kekalahan ini meletakkan Perancis di ranking kedua Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video