Skip to main content

Badminton

Selepas benam pilihan ketujuh dari China, Khai Xing-Aaron 'smash' beregu ranking ke-17 dunia

sda

Beregu lelaki meningkat naik negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir, Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2026 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.

Wakil negara di ranking ke-22 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mendominasi set pertama dengan kemenangan 21-10 dalam tempoh 10 minit.

Masuk set kedua pula menyaksikan Khai Xing-Aaron Tai meneruskan momentum apabila menamatkan permainan dengan kemenangan 21-15 dalam tempoh 26 minit untuk melangkah ke suku akhir.

Mereka bakal berdepan beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Je, mahupun Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi dari Jepun esok.

Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari Perancis, Christo Popov, menerusi aksi rubber set, 21-16,11-21,17-21, dalam tempoh satu jam perlawanan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video