Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Wakil baru dibentuk negara kejutkan beregu campuran ke-14 dunia

kkk
Advertisement

Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menjamin tempat ke pusingan kedua Terbuka Jepun dengan mengenepikan Chen Zhi Yi-Francesca Corbett dari Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Dalam kejohanan super 750 di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, beregu campuran profesional negara itu tidak berlengah untuk mengatur kemenangan set pertama 21-13 sebelum tujuh mata berturut-turut membantu mereka menawan set kedua 22-20.

Advertisement

Satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin, mengejutkan wakil tuan rumah di kedudukan ke-11 dunia, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara.

Mereka -- digandingkan sejak tiga bulan lalu -- terlebih dahulu membuka langkah kanan dalam perjuangan tiga set itu dengan kemenangan 21-19, sungguhpun pada satu ketika, membenarkan lawan mengutip sembilan mata berturut-turut untuk ketinggalan 2-11.

Advertisement

Selepas agak longlai apabila tewas 11-21 dalam set kedua, mereka tenang mengikat kedudukan 16-16 dan 19-19, sebelum dua mata berturut-turut memacu kemenangan mutlak 21-19.

Mereka pernah melakukan hal serupa ke atas beregu nombor satu dunia dari China,  Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, dalam Terbuka Singapura tetapi melalui kempen itu dengan prestasi terumbang-ambing.

Acara perseorangan wanita pula menyaksikan langkah K. Letshanaa disekat dalam aksi dua set berdepan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video