Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Bagaikan sabotaj kem England sendiri -- Kane

hbhgg

Kapten England, Harry Kane, memadam khabar angin mengenai perselisihan faham di antara ketua jurulatih, Thomas Tuchel, dan pemain tengah, Jude Bellingham, sambil mengatakan ulasan mereka selepas kemenangan suku akhir Piala Dunia ke atas Norway telah diperbesar-besarkan.

Keharmonian bilik persalinan skuad The Three Lions menjadi persoalan selepas Tuchel berkata England bernasib baik dalam kemenangan 2-1 ke atas Norway tiga hari lalu sambil menjelaskan tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya 'dalam segala segi'.

Ditanya tentang kritikan pengurus itu sejurus selepas perlawanan, Bellingham kelihatan tidak terkesan.

Kane menolak naratif itu dan menafikan ketegangan dalam kem England ketika ini.

"Apabila anda beraksi dalam perlawanan seperti itu dan ditanya soalan lima minit selepas wisel penamat, maka dia tidak benar-benar tahu apa yang telah dikatakan, apa yang anda mahu Jude katakan?

"Kami baru sahaja bertempur. Mudah untuk cuba mewujudkan perpecahan ini. Ia kelihatan seperti perkara yang sering media Inggeris lakukan dalam kejohanan utama sebegini. Tetapi situasi adalah sebaliknya.

"Kumpulan ini berada di tempat kami sekarang kerana kebersamaan kami yang lengkap -- bukan hanya pemain, malah jurulatih dan kakitangan. Kadangkala perkara sengaja diada-adakan," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video