Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Manchester United cipta kejutan sambar ketua pasukan Belgium

 b

Manchester United menyambar khidmat pemain tengah, Youri Tielemans, daripada seteru Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa, dengan kontrak lima tahun selepas kedua-dua kelab mengesahkannya.

Menurut sumber, Pemain antarabangsa Belgium berusia 29 tahun itu menyertai pasukan kendalian Michael Carrick tersebut dengan bayaran £35 juta (RM190.8j).

Tielemans meledak dua gol dan memberikan tujuh bantuan gol dalam 35 penampilan musim lalu selain membantu Villa mengungguli Liga Europa.

"Sukar untuk menggambarkan betapa bangganya saya menyertai Manchester United.

"Menandatangani kontrak dengan kelab yang begitu istimewa ini terasa luar biasa. Ia adalah kemuncak dedikasi bertahun-tahun sejak saya mula jatuh cinta dengan bola sepak," katanya dalam satu kenyataan.

Tielemans menyertai Villa pada 2023 selepas menyinar di Leicester City, di mana dia membuat 195 penampilan.

Di peringkat antarabangsa, Tielemans merupakan tonggak penting buat Belgium dengan mengetuai pasukannya ke suku akhir Piala Dunia 2026 sebelum tersingkir di tangan Sepanyol.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video