Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad boling padang negara tiada sasaran jumlah pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukan-sea.jpg
Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Wan Nawawi Ismail, tidak mempunyai sasaran jumlah pingat emas buat skuad negara tetapi hanya optimis mereka mampu mendominasi secara keseluruhan dalam Sukan SEA, Ogos depan.

Sebanyak lapan acara boling padang bakal dipertandingkan dalam temasya dwi-tahunan itu dengan senarai 10 peserta lelaki dan wanita negara akan ditentukan dalam masa terdekat.

Selepas mengambil kira prestasi membanggakan skuad negara dalam Kejohanan Dunia di New Zealand, November tahun lalu, Nawawi optimis mereka berada dalam landasan tepat untuk mengharungi saingan dalam Sukan SEA.

Bagaimanapun, tiada sasaran jumlah pingat emas diletakkan kerana mahu memberi peluang kepada pemain agar lebih fokus terhadap saingan.

"Dalam lapan acara yang akan dipertandingkan, kami mampu mendominasi sukan ini berdasarkan prestasi atlet negara.

"Namun, saya sentiasa memberikan nasihat kepada jurulatih kerana terdapat peningkatan kepada beberapa negara di rantau Asia Tenggara," katanya.

Mengulas mengenai kerja pembaikan padang di Bukit Kiara, Wan Nawawi percaya ia akan disiapkan secepat mungkin, apatah lagi Kejohanan Pra-Sukan SEA akan turut diadakan di venue sama, Mei depan.

"Saya diberikan jaminan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa gelanggang akan dapat disediakan.

"Mereka akan menggunakan padang tiruan dan saya percaya ia tidak akan mengambil masa yang lama."

Advertisement

Must Watch Video