Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: DinFei melangkah ke suku akhir

ada

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke pusingan suku akhir, Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2026 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.

Bekas pemain nombor satu negara itu menewaskan lawan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dalam aksi straight set, 21-18,21-19, dalam tempoh 39 minit kejohanan berstatus Super 750 itu.

Meskipun menerima cabaran sengit dalam set pertama, wakil negara terlebih dahulu menamatkan dengan kemenangan 21-18.

Lawan yang merupakan bekas beregu nombor satu dunia itu -- kini ranking ke 15 dunia -- cuba mengheret Sze Fei-Izzuddin ke set penentuan selepas terikat 17-17, namun lawan kerap melakukan 'unforced error' memberikan wakil negara kelebihan untuk menang 21-19.

Daniel Lundgaard-Mads Verstergaard dari Denmark mahupun Chen Zhi Yi-Presley Smith menanti mereka di pusingan suku akhir.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video