Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad bola jaring Thailand belasah Filipina

logo-sea-games-2017_4.png
Thailand menepati ramalan ramai selepas membelasah Filipina 86-16 dalam acara bola jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Thailand, pemenang pingat gangsa dalam temasya di Singapura dua tahun lalu, sudah menunjukkan perbezaan apabila hanya membenarkan lawannya itu meraih dua jaringan pada suku ketiga (23-2). 

Mereka meninggalkan Filipina jauh di belakang 46-10 pada suku kedua, sebelum hanya bolos empat jaringan (64-14) pada suku ketiga. 

Thailand, yang tewas 73-30 di tangan Malaysia semalam, melengkapkan perlawanan suku keempat dengan kemenangan besar 86-16. 

Untuk rekod, Filipina berada di tangga tercorot (keenam) dalam edisi terdahulu, sementara gangsa yang diraih Thailand turut dikongsi Brunei.

Dalam temasya dua tahun lalu itu, tuan rumah, Singapura meraih emas selepas menewaskan Malaysia 46-43 dalam perlawanan akhir. 

Advertisement

Must Watch Video