Buat kali pertama sejak 1994 menggunakan format baru, ia memberi talian hayat buat pasukan di tempat ketiga terbaik untuk terus berpeluang ke peringkat seterusnya.
Peraturan tiebreak atau sistem head-to-head (H2H) telah menghasilkan penentuan pemenang kumpulan dan penyingkiran awal, manakala perebutan untuk salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik dalam edisi Piala Dunia 2026 kali ini.
Apabila perbezaan gol merupakan faktor penentu pertama dalam memisahkan pasukan yang terikat mata, defisit tiga mata masih boleh diatasi dalam perlawanan kumpulan terakhir.
Ini bermaksud, menduduki tempat ketiga tidak bermakna telah tersingkir. Masih ada peluang selaku lapan pasukan tempat ketiga terbaik untuk mara.
Dengan lapan daripada 12 pasukan di tempat ketiga mara ke pusingan 32 -- perbezaan gol, H2H berkemungkinan besar diambil kira -- nasib pasukan terlibat dalam kumpulan masing-masing akan diketahui sehingga wisel penamat perlawanan kumpulan terakhir pada hari Sabtu.
Keputusan antara pasukan yang terikat sebagai kriteria pertama (H2H). Jika gagal ditentukan, maka ia melihat kepada situasi perbezaan gol. Jika masih sama, maka jumlah jaringan keseluruhan dalam kumpulan akan menjadi penentu. Apabila ia tetap tidak boleh diketahui, maka kutipan kad kuning dan merah akan memainkan peranan. Langkah terakhir untuk ditentukan menerusi ranking dunia.
Haiti, Turkiye, Tunisia, Jordan dan Panama secara rasminya telah tersingkir daripada kejohanan edisi kali ini.
Rujuk gambar di bawah berkenaan ranking lapan pasukan tempat ketiga terbaik setakat perlawanan kedua kumpulan:
