Penjaring berbisa bola jaring negara, An Najwa Azizan, tidak menganggap dirinya sahaja sebagai watak penting di gelanggang, malah setiap pemain memegang peranan utama dalam membantu pasukan untuk menang dalam aksi pertama menentang Thailand di pentas Sukan SEA, esok.
An Najwa, yang boleh dilabel sebagai 'mesin gol' di gelanggang, mahu memastikan skuad negara mengorak langkah kanan dalam aksi pertama berdepan Thailand.
Berada di posisi penjaring sememangnya dianggap peranan paling utama dalam mencari kemenangan, namun An Najwa menyifatkan setiap jaringan tidak akan berjaya tanpa rakan sepasukan yang bertungkus-lumus menghalang asakan lawan.
Tidak memandang rendah pasukan Thailand, dia percaya ramuan oleh jurulatih, Tracey Robinson, adalah terbaik untuk edisi ini.
"Ini adalah sukan berpasukan, jadi ia memerlukan 12 pemain, bukan bergantung kepada saya sahaja. Hari ini adalah hari terakhir, kami sudah bersedia dan mempunyai strategi tersendiri," katanya.
Juara bertahan, Singapura, yang tiba di Malaysia semalam telah pun memulakan latihan pertama mereka di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Kaptennya, Vanessa Lee, yang beraksi buat kali pertama dalam temasya ini mengakui aura berbeza dirasainya di Malaysia untuk memulakan aksi sulung berdepan Brunei, esok.
"Kami agak baru bersama-sama sebagai satu pasukan. Walaupun kami juara bertahan, kami banyak perubahan dalam pasukan, jadi kami bukanlah pasukan pilihan untuk kejohanan ini," katanya.
Skuad bola jaring negara akan memulakan perjuangan dalam Sukan SEA dengan menentang Thailand esok, jam 3 petang.