Selepas 10 venue mengelilingi setiap pelosok Asia Tenggara, Larian Baton Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017 akhirnya pulang ke Malaysia selepas menamatkan persinggahan meriah di Singapura, hari ini.
Acara dimulakan di Scape Playspace dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama-sama Menteri Kesenian, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu, berlari membawa baton diiringi pelari sokongan.
"Larian Baton Bangkit Bersama secara rasminya tamat pada hari ini selepas dibawa ke Singapura, iaitu negara terakhir dalam kunjungan Larian Baton 2017 di setiap negara Asia Tenggara," ujarnya.
Larian baton sejauh 15.65 km itu melalui beberapa tempat ikonik, antaranya Hub Sukan Singapura, Taman Olimpik Belia dan Muzium Seni Singapura.
Pelari pecut, Veronica Shanti, meneruskan Larian Baton sehingga ke Marina Bay Sands dan kemudian diakhiri oleh pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016, Yip Pin Xiu, di Scape Playspace.
Sejurus selepas itu, baton dibawa ke Stesen Keretapi Tanah Melayu, Woodlands, untuk menyeberangi Tambak Johor.
Setibanya di Muzim Tokoh, Johor Bahru, Larian Baton kemudian bertukar menjadi Larian Obor dan akan mengelilingi seluruh negara sebelum berakhir pada 19 Ogos depan ketika perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Ia satu acara yang menyeronokkan kerana rakyat Singapura dapat turut bersama menyertai larian ini.
"Ini satu langkah penting untuk rakyat Singapura bersama-sama bersedia menghadapi temasya ini," ujar Pin Xiu.