Skuad e-sukan negara mara ke final acara Arena of Valor (AOL) Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menewaskan Vietnam 2-0 dalam aksi separuh akhir di Pusat E-Sukan Hangzhou hari ini.
Kejayaan itu menyaksikan skuad negara memastikan pingat perak dalam genggaman mereka, sekali gus mencipta kejutan dalam edisi pertama acara itu dipertandingkan dalam temasya berkenaan.
Selepas menumbangkan Hong Kong juga dengan keputusan 2-0 semalam, skuad negara mengekalkan disiplin sama untuk melangkah setapak lagi dalam usaha mereka menyumbangkan pingat emas buat kontinjen negara.
Pasukan bimbingan Low Jia Cheng itu seterusnya akan menantikan pemenang di antara tuan rumah, China, dan Thailand bagi penentuan pingat emas malam esok.