Skip to main content

Bola Sepak

Selangor 2026: Pengorbanan Adib Irfan pastikan Perak tamat penantian emas olahraga

adib

Penantian kontinjen Perak untuk meraih pingat emas pertama sukan olahraga dalam Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 berakhir apabila Muhammad Adib Irfan Azizan mengungguli acara 400 meter berpagar lelaki di Pusat Sukan UPM, Serdang hari ini.

Biarpun bukan pilihan utama dalam acara itu, Adib membuktikan statusnya sambil berasakan pengorbanan yang terpaksa dilaluinya bagi penampilan pertama dan terakhirnya dalam temasya itu cukup berbaloi.

Tiga bulan terakhir sebelum Sukma, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu terpaksa berulang-alik dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu bagi menjalani latihan memandangkan trek olahraga di UPSI sedang dalam proses penambahbaikan.

Pengorbanan itu menjadikan kejayaan berkenaan lebih manis memandangkan ia hadir bersama catatan peribadi terbaiknya, 52 saat.

"Alhamdulillah saya dapat emas. Adakala saya malas untuk turun ke latihan sebab latihan terlalu berat tetapi dengan semua pengorbanan itu -- tak balik rumah, tempat latihan yang jauh -- Alhamdulillah berbaloi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Semestinya selepas ini saya mahu mewakili negara kerana sudah dua kali saya terlepas disebabkan faktor umur.

"Saya harap selepas ini saya boleh meningkat lagi untuk mewakili Malaysia."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video