Skip to main content

Bola Sepak

Status Facundo Garces bertukar?

Garces

Tular pemain yang terpalit dengan isu kontroversi bersama pasukan kebangsaan, Facundo Garces, bertukar status kewarganegaraan mendapat perhatian menyeluruh di media sosial.

Stadium Astro meninjau laman rasmi Deportivo Alaves menjelang musim baharu 2026/27 menyaksikan paparan kerakyatan pertahanan itu ditulis kembali sebagai pemain kelahiran Argentina berbanding kewarganegaraan Malaysia sebelum ini.

Namun, kemas kini di laman rasmi pengelola liga tertinggi Sepanyol itu masih menunjukkan pemain berusia 26 tahun itu selaku rakyat Malaysia, malah transfermarkt turut berkata sedemikian.

Garces bersama enam lagi pemain terpalit dengan kes pemalsuan dokumen mewakili Harimau Malaya sebelum ini meneruskan penggantungan tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi dan tidak melibatkan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Ia, selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan meskipun dibenarkan beraksi seketika pada awal tahun sebelum meneruskan hukuman tersebut.

Jangkaan kesemua pemain terbabit termasuk Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero kembali beraksi pada November ini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video