Negeri Sembilan wajar diberi tumpuan khusus!
Kemasukan bekas tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Alif Mutalib dan Akhyar Rashid, sebagai jentera baharu.
Malah adik kepada pemain warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal iaitu Wan Kuzri Wan Kamal turut memperkuat kembali Negeri Sembilan menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadual bermula Jumaat ini.
Selepas menandatangani beberapa import, skuad Jang dalam fasa terakhir persiapan apabila mengumumkan penyerang yang baru tiba dari negara Matahari Terbit untuk merobek pasukan lawan.
Pemain berpengalaman, Yusuke Minagawa, mempunyai pendedahan luas tatkala pernah menyarung jersi Sanfrecce Hiroshima, Roasso Kumamoto dan Yokohama FC.
Lebih menarik lagi, tonggak berusia 34 tahun itu pernah membuat satu penampilan bersama pasukan kebangsaan Jepun pada tahun 2014.