Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Remaja: Kontinjen Malaysia tamatkan cabaran dalam kelompok lapan terbaik

jkk
Advertisement

Kontinjen Malaysia secara rasmi melabuhkan tirai cabaran pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG) Dakar 2026 dan biarpun sasaran 1 pingat tidak kesampaian pada edisi kali ini, kontinjen Malaysia pulang dengan beberapa pencapaian memberangsangkan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik menerusi lima penampilan di pentas akhir dan suku akhir

 

Advertisement

Gerfan Nigel Frank - Olahraga 
(Men's Pole Vault):
Hari ke-10 temasya YOG Dakar 2026 memaparkan aksi luar biasa atlet lompat bergalah untuk menamatkan saingan akhir di kedudukan Ke-4 daripada keseluruhan 8 atlet. Walaupun terlepas peluang meraih pingat, Gerfan Nigel berjaya melakukan lompatan setinggi 4.70m, sekali gus memperbaharui rekod peribadi terbaiknya (PB) mengatasi catatan 4.60m sebelum ini.

Loo Cheng Feng - Akuatik 
(Men's 50m Free Style):
Pencapaian paling hampir dengan podium Kontinjen negara apabila menamatkan saingan akhir di kedudukan Ke-4 dengan masa 23.25s, hanya dipisahkan 0.21s dari pemenang pingat Gangsa

Advertisement

Lim Kai Shen - Wushu Taolu 
(Men’s Taijiquan Combined):
Beraksi cemerlang di pentas akhir untuk meraih kedudukan Ke-4 dengan 18.583 mata keseluruhan, selain menghampiri rekod peribadi terbaiknya (PB).

Shannon Tan Yan Qing - Akuatik 
(Women's 200m Butterfly):
Mempamerkan renangan bertenaga di pusingan akhir untuk menduduki tempat Ke-6 dengan catatan masa 2:19.26s

Kem Akuatik Malaysia berjaya menembusi empat pentas final dengan satu acara oleh atlet Loo Cheng Feng (lelaki) dan tiga acara atlet Shannon Tan Yan Qing (wanita)

Tia Clarissa Liew Jia Yi - Breaking 
(Women’s B- Girls)
Pada aksi penentuan suku akhir acara B-Girls di Dakar hari ini, atlet breaking negara, Tia Clarissa (Reese), mempamerkan semangat dan kreativiti tinggi sebelum akur tewas 0-3 (2-25) kepada wakil Ukraine, Nikastar yang turut memenangi pingat perak. Keputusan tersebut menyaksikan Reese menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan.

Nur Qalesha Mohd Radzuan - Lawan Pedang 
(Women’s Individual Foil):
Mencipta kejayaan membanggakan apabila menembusi peringkat Suku Akhir dan menamatkan saingan di kedudukan Ke-8 selepas memberi tentangan sengit kepada pemenang pingat Perak daripada UAE

Lucas Lee Khye Luen - Badminton 
(Men's Individual):
Mencatat 2 kemenangan di peringkat kumpulan sebelum memberi tentangan hebat dan tewas kepada bekas pemain No.1 remaja dunia daripada UAE dalam saingan peringkat Kumpulan F. Atlet UAE ini turut meraih pingat Emas temasya YOG kali ini.

Goh Yu Heng & Ong Jing Yi - Women's Beach Volleyball:
Mempamerkan kesungguhan tinggi menjuarai peringkat Kumpulan seterusnya mara ke pusingan 16 terakhir sebelum akur tewas kepada kehebatan gandingan utama daripada China

Mahathir Nor Daniel - Papan Selaju 
(Men’s Street):
Mempamerkan pelbagai variasi helah teknikal untuk menduduki tempat Ke-12 keseluruhan dengan kutipan 87.96 mata dalam pusingan saringan.

Zacharry Lawrence - Olahraga 
(Men’s 400m Hurdles):
Menamatkan larian di kedudukan Ke-11/15 keseluruhan (Separuh Akhir) dengan catatan masa 53.74s beraksi dalam keadaan cuaca panas terik 34c pada jam 2.00 petang di Stadium Iba Mar Diop

Angie Ang Tan Yie - Pelayaran 
(Women’s Windsurfing):
Atlet windsurfing wanita negara, Angie Ang Tan Yie, melabuhkan tirai kempen dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-14 keseluruhan daripada 23 pelayar terbaik dunia. Secara keseluruhan, Angie mengumpul 128 mata bersih (net points) dan 178 mata terkumpul sehingga hari terakhir pertandingan

Kontinjen Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TYT Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dato’ Zainal Izran Zahari bersama Datin Erwina atas keprihatinan serta sokongan padu yang dizahirkan sepanjang temasya berlangsung di Dakar Senegal ketika ini

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video