Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Gol ditarik. Kemenangan Malaysia diragut?

hoki

Malaysia hampir mencipta kemenangan pertama ke atas Perancis dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Hoki FIH di Belfius Hockey Arena, Wavre malam tadi.

Skuad hoki lelaki negara hampir mencipta kejutan namun, terpaksa akur seri 3-3, sekali gus meraih satu mata pertama selepas tewas besar 1-5 di tangan Jerman sebelum ini.

Shello Silverius menyudahkan hantaran Mohamad Akhimullah Anuar Esook untuk mendahului 1-0 sebelum pihak lawan menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Victor Charlet.

Giliran Perancis berada di hadapan pada minit ke-37 tetapi Shello pantas mencuri peluang untuk kem negara bangkit. Akhimullah sekali lagi mencatat nama selaku penjaring tetapi Timothee Clement menjadi wira Perancis berselang dua minit kemudian.

Di sebalik persembahan terpuji itu, gol kemenangan pada 30 saat terakhir menerusi Mohd Fitri Saari dibatalkan pengadil ekoran gol tersebut dalam situasi “back stick” selepas bantuan rujukan video.

Peminat tempatan mempersoal keputusan tersebut dengan mendakwa bahawa ia tidak mengenai bahagian permukaan belakang kayu hoki bintang negara itu.

Media sosial turut bergegar mempertikai pembatalan jaringan tersebut yang merugikan The Speey Tigers pada minit-minit akhir permainan.

Pasukan bimbingan Brendon Carolan menghuni kedudukan tercorot Kumpulan B. Tugas berat menanti apabila berhadapan tuan rumah, Belgium, pada esok.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video