Pengendali skuad bola sepak wanita B-16 negara, Fairuz Montana, tidak sangka mampu menundukkan Arab Saudi dengan jurang besar untuk mara ke separuh akhir Piala Srikandi Merdeka 2026.
Lim You yang menjaringkan tujuh gol dalam aksi terakhir Kumpulan A pasti menjadi taruhan negara untuk merobek kubu Thailand.
"Saya harap pemain dapat kekalkan konsisten dan semangat yang tinggi.
"Saya harap doakan rakyat Malaysia untuk kemenangan ke atas Thailand.
"Walaupun mereka sebuah pasukan yang kuat, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak kalau kami pergi dengan hati yang besar," kata Fairuz di Nadi Arena.
Sementara itu, pemain berusia 14 tahun yang membesar di Washington, Amerika Syarikat, Lim You teruja membantu skuad negara mara ke separuh akhir dengan jaringannya.
Kelincahan kaki kirinya pasti menjadi sandaran dalam penampilan pertama dalam bersama skuad negara.
"Saya dilahirkan di Taiwan sebelum berpindah ke AS ketika saya berumur lapan bulan.
"Ibu bapa saya pula merupakan rakyat Malaysia kelahiran Johor.
"Setiap kali turun ke padang saya berasa seronok, tanpa mengira siapa lawan yang bakal dihadapi," katanya.