Juara bertahan pulang awal!
Bintang perseorangan lelaki China, Shi Yu Qi, terpaksa berputih mata apabila tewas seawal pusingan pertama di tangan tuan rumah, Ayush Shetty, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, malam tadi.
Pemain nombor satu dunia itu menerima tamparan hebat susulan permainan liat oleh pihak lawan melebihi hampir 73 minit perlawanan.
Ayush Shetty, 21, terlebih dahulu membuka set pertama dengan kemenangan mudah 21-14 sebelum Yu Qi melakar kebangkitan dalam set kedua 21-13.
Atlet muda India itu kemudiannya mengheret Yu Qi hingga penentuan pada penghujung mata sebelum menoktahkan kemenangan sensasi di hadapan peminat tempatan.
BWF World Championships 2026
MS - R64
21 13 21 🇮🇳Ayush SHETTY🥇
14 21 19 🇨🇳SHI Yu Qi
🕚 in 73 minutes— BWFScore (@BWFScore) August 17, 2026
Sepanjang rekod pertemuan, ini adalah kali pertama ranking ke-22 itu memperoleh kemenangan pertama ke atas Yu Qi.
Ia, sekali gus menyaksikan edisi kali ini bakal melahirkan juara dunia baru!
Dalam masa sama, ekoran kekalahan mengejut itu, kedudukan Yu Qi bakal menjunam dan memberi peluang untuk Kunlavut Vitidsarn menaiki takhta selaku pemain nombor satu dunia sekiranya terus memperoleh kemenangan.