Sekiranya gagal mendapat sebarang dana, sejarah akan tercipta apabila kontinjen Negeri Selangor buat pertama kali terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) di Sarawak, tahun ini.
Oleh itu, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor, Sarkunan Balakrishnan, mengharapkan bantuan dana sebanyak RM80,000 bagi membolehkan penyertaan kontinjen negeri itu.
Dia menjelaskan kontinjen pekak Selangor kini berada dalam keadaan tenat, hanya memiliki baki enam hari sebelum berlangsung kejohanan dwitahunan itu.
Sarkunan mengakui persatuan kini perlu menekan ‘butang merah’ dan berada dalam keadaan sangat memerlukan bagi meneruskan impian membawa pulang tiga pingat emas yang disasarkan menerusi olahraga dan tenpin boling.
"Kerana bantuan mana-mana syarikat, swasta dan kerajaan negeri sukar kami perolehi, kami adalah entiti berbeza tetapi jika mahukan dana sukar diperolehi.
"Kami memang perlukan dana berbaki enam hari, sangat terdesak dan sudah mati akal. Saya harap jika ada bantuan boleh membantu kami." katanya.