Operasi keselamatan yang dilancarkan oleh pihak tentera Mexico yang memburu individu paling dikehendaki negara itu membabitkan ketua kartel tertinggi di negara itu menyebabkan beberapa perlawanan bola sepak terpaksa digantung serta-merta sementara waktu sebagai tindak balas terhadap operasi yang berlangsung itu.
Aksi yang terpaksa dibatalkan termasuk semua perlawanan pusingan ketujuh Liga MX Mexico, liga wanita dan aksi persahabatan antarabangsa antara Mexico dan Iceland.
Advertisement
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Mexico, operasi berkenaan dijalankan ketika waktu subuh dan melibatkan pertempuran dengan ahli kartel.
Beberapa anggota kartel dilaporkan terbunuh, manakala El Mencho (ketua kartel) sendiri mengalami kecederaan serius sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke Mexico City untuk rawatan kecemasan.
Pihak tentera turut merampas:
-beberapa kenderaan perisai
-pelbagai jenis senjata berat
-termasuk pelancar roket
Dalam kejadian sama, tiga anggota tentera turut cedera dan telah dipindahkan ke hospital di Mexico City untuk rawatan lanjut.
Sepanjang hari Ahad, keadaan di beberapa kawasan di Jalisco tegang dengan laporan mengenai:
-kenderaan dibakar
-kelibat lelaki bersenjata berkeliaran
-sekatan jalan tidak rasmi