Skip to main content

Bola Sepak

[TERKINI] Liga Super: Nidzam Jamil letak jawatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super, Liga-M, Piala Malaysia

Nidzam Jamil mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan dengan serta-merta.

Perkara itu dikongsi oleh kelab itu dalam satu kenyataan di laman sosial, sebentar tadi.

Advertisement

Tanpa mengumumkan punca pengunduran tersebut-- ironinya, selepas kekalahan kepada bekas kelabnya, Selangor, di stadium MBPJ, semalam -- Negeri Sembilan menjelaskan penolongnya, K. Rajan, sebagai pemangku ketua jurulatih hingga dimaklumkan selanjutnya.

Sepanjang mengemudi skuad Jang dalam 28 perlawanan sejak awal musim ini, Nidzam mencatat tujuh kemenangan, enam kekalahan dan 11 seri termasuk kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia dan Piala FA. 

 

Must Watch Video