Nasib tidak menyebelahi atlet kelahiran Botswana, Tshepiso Masalela, selepas rekod kebangsaannya yang baru diciptanya dalam acara 1500 meter dalam dewan terpaksa dibatalkan di atas kesalahan mempamerkan kelakuan tidak beretika dalam kejohanan Orlen Copernicus Cup yang berlangsung di Torun, Poland, baru-baru ini.
Dalam video yang tular itu menyaksikan Masalela menunjukkan isyarat tangan menyerupai pistol kepada pelari dari Perancis, Azeddine Habs, ketika memasuki laluan lurus terakhir menuju ke garisan penamat.
Advertisement
À la World Indoor Tour, disqualification directe pour Tshepiso Masalela ! 🚫🇧🇼
Sanctionné pour son geste antisportif, le Botswanais perd tout. C'est le Français Azeddine Habz qui récupère la victoire sur 1500m avec un chrono de 3:32.56.
pic.twitter.com/ucKT0j1NFJ— Sport News Africa (@snewsafrica) February 23, 2026
Atlet beruia 26 tahun itu menamatkan larian dengan catatan 3.32.56s, namun pihak penganjur memutuskan ia melanggar peraturan TR 7.1 di bawah Persekutuan Olahraga Dunia World Athletics, berkaitan kelakuan tidak beretika sekali gus memberikan kemenangan kepada Azeddine.