Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Pulapol 10's: Mazuri Sallehudin puas hati komitmen pemain julang BMMB Bullets

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Kejohanan Ragbi Pulapol 10s 2025 menyaksikan pasukan pilihan iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB Bullets) beraksi cemerlang menundukkan Pulapol City Boys dengan kemenangan 19-7.

Ketua jurulatih BMMB Bullets, Mohd Mazuri Sallehudin, ternyata berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan pasukannya bagi menewaskan lawan dalam aksi yang mengikut taktikal seperti yang dirancang. 

"Kami beryukur atas kemenangan ini, kredit juga perlu diberikan kepada pasukan Pulapol kerana memberikan saingan sengit kepada pasukan kami.

"Sebenarnya kami sudah bertemu banyak kali di pentas akhir, kami menang tipis juga. Kami seperti duta ragbi untuk menarik minat orang ramai bermain ragbi.

"Ini platform bagus buat pasukan baru beraksi dengan bekas pemain negara terutamanya dalam pasukan kami ini," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan BMMB Bullets, Anwarul Hafiz, pula menegaskan komposisi pemain mengekalkan ketenangan merupakan kunci utama kepada kejayaan pasukan merangkul gelaran sulung kali ini.

"Kecederaan dalam perlawanan ini kurang dan hanya ada seorang pemain sahaja, kami akan semak untuk rehabilitasi. Perlawanan agak sengit tetapi pemain kekal tenang untuk bergelar juara kali pertama," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video