Demikian kata jurulatih ragbi Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Hafizul Saiful Anuar, yang tetap fokus dengan misi untuk merampas kembali kejuaraan Super Schools Rugby (SSR).
Aksi getir menanti SEMASHUR apabila perlu menghadapi Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di peringkat separuh akhir dan Hafizul akui rekod pertemuan pasukannya kurang memuaskan apabila kepada SDAR dalam aksi peringkat kumpulan tahun lalu.
Bagaimanapun dengan 'mindset' lebih besar, harapan Hafizul hanya untuk mencatatkan kemenangan ke atas SDAR dan melangkah ke final.
"Kami memegang misi itu sejak dari awal, di mana objektif utama kami adalah untuk menghadiahkan kejuaraan buat warga SEMASHUR," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Ia bukan misi balas dendam, kami hanya mahu melakukan yang terbaik untuk warga SEMASHUR, terutama buat puan pengetua kami yang akan bersara, kerana banyak sumbangannya kepada pasukan ragbi SEMASHUR sehingga kami berada di tahap ini."