Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Komitmen pemain penentu kejayaan Tan Cheng Hoe -- Bekas kapten Harimau Malaya

ahmad shahrul azhar

Bekas kapten skuad kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, menegaskan komitmen pemain akan menjadi penentu utama buat pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, dalam membentuk skuad ampuh ke Piala Hyundai ASEAN bulan depan.

Tidak kira pemain lama atau muka baharu, Ahmad Shahrul Azhar akui komitmen akan menjadi elemen paling penting, terutama apabila Cheng Hoe berdepan isu pelepasan pemain kerana kejohanan serantau itu diadakan di luar kalendar FIFA

"Sebagai seorang jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe miliki pengalaman yang luas dan pernah membimbing Harimau Malaya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Jadi dia tiada masalah untuk menguruskan pasukan kebangsaan ke Piala Hyundai.

"Saya percaya dengan kredibilitinya sebagai jurulatih kerana dia sudah biasa dengan bola sepak dan pemain tempatan.

"Bukan senang untuk mengumpulkan pemain dalam waktu terdekat ini kerana sekarang di luar musim dan ada jurulatih yang mahu memulakan pramusim bulan depan.

"Ia agak menggusarkan dengan kekangan masa untuk dia membentuk pasukan tetapi saya percaya dia ada kebolehan dan pengalaman dalam industri bola sepak tempatan.

"Dia sudah pasti ada perancangan untuk mengumpulkan pemainnya bagi Piala Hyundai nanti."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video