Skip to main content

SUKMA

Sukma: Kontinjen Selangor terima sumbangan MBI

mbi

Yayasan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) terus menjadi antara penyumbang utama kontinjen tuan rumah, Selangor, menuju penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma 2026 bermula 15 Ogos ini.

Hari ini berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan buat kontinjen Selangor dengan jumlah keseluruhan bernilai RM438,500.

Berbaki sebulan sebelum temasya itu membuka tirai, 13 penerima sumbangan terdiri daripada atlet serta persatuan sukan Negeri Selangor diraikan.

Selain dipertanggungjawabkan membantu urusan upacara perasmian, Yayasan MBI turut bersedia menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri jika terdapat keperluan menghadiahkan insentif khas buat atlet Selangor yang meraih emas dalam temasya edisi ke-22 berkenaan.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor, berkata kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf: "Sebelum ini, kami pernah memberikan ganjaran kepada atlet Para Sukma.

"Insya-Allah, sekiranya ada permintaan dan keperluan untuk kami memberikan insentif tertentu, kami bersedia dan saya yakin Kerajaan Negeri juga ada insentif tertentu dan kami akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri agar atlet-atlet ini dapat diraikan dengan baik."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video