Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 menutup tirainya hari ini dengan sepanjang tempoh 10 hari penganjuran merangkumi 474 acara pingat daripada 37 jenis sukan dipertandingkan serta ratusan pingat yang ditawarkan sudah menemui pemiliknya.
Pasukan tuan rumah, Selangor secara rasmi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mendahului jumlah kutipan dengan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa sekali gus merekodkan 245 pingat terkumpul.
Kontijen Wilayah Persekutuan muncul pencabar terdekat dengan merangkul 51 emas, 54 perak dan 52 perak untuk mengumpul 157 pingat secara keseluruhan diikuti Terengganu melengkapkan 3 negeri teratas dengan kutipan 43 emas, 44 perak dan 36 gangsa untuk 123 kutipan pingat.
Atlet Lelaki Terbaik SUKMA Selangor 2026 menjadi milik penembak sensasi dari Pahang, Cheah Zen Hong selepas merangkul sembilang emas dan 1 perak, disamping memecahkan dua rekod temasya menerusi acara 10m Air Pistol dan 25m Sport Pistol , sementara Atlet Wanita Terbaik pula menjadi milik perenang wanita Selangor, Eliza Tan Ai Shen, selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter gaya bebas wanita sebanyak dua kali dengan rekod baru 56.78 saat pada usia 19 tahun.
Meskipun Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan langkah penjimatan apabila mengurangkan hampir separuh daripada kos penganjuran daripada peruntukan asal sebanyak RM100 juta kepada jumlah julat sekitar RM40 hingga RM50 juta sahaja.
Langkah penjimatan itu diambil Kerajaan Negeri Selangor susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, susulan krisis di Asia Barat selesai, sebelum memberikan perkenan untuk penganjuran diteruskan dengan secara berhemah.
Namun, penganjuran acara sukan dwitahunan di bumi Selangor Darul Ehsan itu kali ini dilihat tetap berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi medan perjuangan yang membentuk masa depan atlet muda negara.
Bukan itu sahaja, malah ia tetap menjadi platform penting dalam proses pemilihan dan persiapan atlet muda negara menjelang temasya Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia.
Bukan itu sahaja, ia juga memastikan kesinambungan temasya, tetapi juga memberi peluang berharga kepada atlet muda untuk terus berkembang di pentas kompetitif.
Untuk rekod, kos penganjuran SUKMA Sarawak yang memegang status selaku juara bertahan pada 2024 dianggarkan hampir RM300 juta merangkumi 37 jenis sukan dan sebanyak 488 acara yang dilangsungkan.
Dengan itu, berakhirlah tirai SUKMA edisi ke-22, maka Para SUKMA pula akan menjadi tumpuan seterusnya bermula 5 hingga 14 September 2026.