Penembak sensasi dari Pahang, Cheah Zen Hong, dinobatkan selaku Atlet Lelaki Terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Selain memecahkan dua rekod temasya menerusi acara 10m Air Pistol dan 25m Sport Pistol, Zen Hong merangkul sembilang pingat emas dan satu perak sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama piala pusingan dan piala iringan.
Sementara itu, Atlet Wanita Terbaik menjadi milik perenang sensasi wanita Selangor, Eliza Tan Ai Shen, selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter gaya bebas wanita sebanyak dua kali dengan rekod baru 56.78 saat pada usia 19 tahun.
Malah Eliza kini menjadi perenang wanita pertama negara yang memegang catatan masa bawah 57 saat untuk acara itu, selain turut merangkul pingat emas acara 200 meter gaya bebas wanita dengan catatan masa 2 minit 5.26 saat.
Eliza turut memperbaharui rekod kejohanan 50 meter individu, 4x100m gaya bebas berganti-ganti, 4x200m gaya bebas berganti-ganti dan 4x100m rampaian berganti-ganti, ketiga-tiganya dengan rekod baru kejohanan.
Pasukan tuan rumah, Selangor, secara rasmi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mendahului jumlah kutipan dengan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa sekali gus merekodkan 245 pingat terkumpul.