Berita gembira buat warga Selangor Darul Ehsan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan cuti peristiwa khas pada 1 September 2026 sempena kejayaan kontinjen Selangor dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 tahun ini.
Untuk rekod, Kontinjen Selangor secara rasmi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mendahului jumlah kutipan dengan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa sekali gus merekodkan 245 pingat terkumpul.
Dan ini berita yang paling dinantikan oleh warga Selangor! 🔥 MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, umumkan 1 September merupakan cuti peristiwa atas gelaran juara keseluruhan kontinjen Selangor dalam temasya SUKMA Selangor 2026!
Yahooo! Dapat cuti! 🤪🙌🏻@ASTROARENA pic.twitter.com/gSTnTZwKxv— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) August 24, 2026