Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Haziq pilih aktiviti berbasikal sebagai persiapan pertahan kedudukan

cubprix

Selepas menamatkan penantian kemenangan dalam pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu, pelumba Idemitsu Honda YAM Racing, Haziq Fairues, kini mengalihkan fokus sepenuhnya untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pusingan ketiga Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan hujung minggu ini.

Menariknya, pendahulu keseluruhan kategori CP150 itu memilih pendekatan berbeza dalam persiapannya apabila menjadikan aktiviti berbasikal sebagai tonik tambahan bagi meningkatkan tahap kecergasan dan daya tahan fizikal menjelang aksi yang dijangka sengit itu.

"Persiapan untuk minggu ini sama sahaja seperti sebelum perlumbaan di Sepang cuma bulan ini, saya lebih kerap berbasikal bagi meningkatkan ketahanan dan stamina saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya harap ia dapat membantu saya menghadapi perlumbaan kali ini. Litar di jempul ini agak beralun dan memperlahankan, jadi saya agak seronok berlumba di sini.

"Sasaran saya adalah untuk mendapatkan mata maksimum dan cuba mengekalkannya sehingga perlumbaan terakhir."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video