Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: India buat skuad lelaki Malaysia berduka

haiqal7418.jpg
Skuad ping pong India terus membuatkan Malaysia berduka apabila berpasukan lelaki negara tersingkir dalam pusingan suku akhir Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.

Menampilkan pemain berpengalaman seperti Sharath Kamal, kelebihan di atas kertas sudah semestinya milik India.

Selepas skuad wanita negara turut disingkirkan oleh India, mereka mengggunakan keputusan tersebut untuk menyingkirkan Malaysia dalam kategori lelaki dan hasilnya Harmeet Desai menghadiahkan mata pertama menerusi kemenangan ke atas Leong Chee Feng.

Pertemuan yang dinantikan membabitkan Sharath dan Asfraf Haiqal Rizal gagal menghadirkan kejutan.

Dia memastikan India 2-0 di depan hasil kemenangan 11-8, 11-7, 11-6.

Seperti skuad wanita, acara beregu memutlakkan nasib malang Malaysia susulan kemenangan 11-7, 11-6, 11-7 menentang Ashraf dan Chee Feng.

"Kami kurang daripada segi pengalaman. Kami banyak melakukan kesilapan, terutama melibatkan mata akhir. 

"Pihak lawan juga sering tukar taktikal. Ya, saya rasa kurang pengalaman (punca tewas)," kata Ashraf.
 

Advertisement

Must Watch Video