Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Pemenang pingat emas Olimpik bakal kembali berlatih di Jasin

hildiyn.jpg
Garaj kenderaan sebuah rumah di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka tetap rancak dengan bunyi besi dihempas di sebalik kes doping skuad kebangsaan.

Remaja di kawasan itu kental berlatih dan lebih menarik, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo kelahiran Filipina, Hidilyn Diaz, berancang untuk kembali berlatih di sana menjelang Kejohanan Dunia, Disember ini. 

"Hidilyn telah menghubungi saya bahawa keinginannya untuk kembali ke Kesang Tua Oktober ini. Dia datang berlatih di sini bagi membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dunia," kata Naib Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Ahmad Janius Abdullah.

"Di sebalik kurang baik sebelum ini, latihan di sini dijalankan seperti biasa, atlet-atlet yang masih muda terus berlatih dalam memastikan kelangsungan sukan angkat berat di Malaysia."

Advertisement

Must Watch Video