Nampaknya hayat tenaga dan kepakaran Hafizh Syahrin dalam dunia permotoran negara dan antarabangsa masih panjang dan terbuka luas dengan tidak hanya tersekat dalam saingan ARRC semata.
Bahkan beliau yang kini sedang ditagih keringatnya dalam saingan 2024 Suzuka 8 Hours Pusingan Ke-3 FIM Road Racing Endurance World Championship bersama pasukan Ducati turut mempamerkan tunggangan yang memberangsangkan pada sesi latihan dan kelayakan.
Melihat kepada prestasi beliau di Suzuka, tidak hairanlah mengapa masih ada kelab dan pasukan luar yang masih berminat dengan kepantasan yang dipamerkan terutamanya dalam mengendalikan jentera dari jenis Ducati.
Malah Pengarah Sukan Ducati sendiri, Paolo Ciabatti juga kagum dengan corak tunggangan serta keupayaan yang dipamerkan oleh Hafizh dalam beberapa sesi yang dilalui.
Ciabatti memuji corak tunggangan Hafizh yang mampu mencatatkan masa terpantas'Red Riders' pada sesi kelayakan kedua di litar tersebut.
"Tunggangan hebat, terpantas bagi Red Riders pada sesi kelayakan kedua" Katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Paolo Ciabatti dilantik selaku Pengarah Sukan Ducati sejak 2014 dengan menyaksikan beliau berjaya membawa perubahan besar dalam kemajuan yang dicatatkan oleh pasukan Ducati baik dalam perlumbaan MotoGP dan juga Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).
Malah nama beliau sememangnya cukup dikenali dan disegani dikalangan pemain-pemain industri perlumbaan motosikal paling elit di dunia atas sumbanganya setakat ini.