Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga FTKLAA 1ST All-Corners: Nor Sarah masih perlu berwaspada

nor-sarah-adi.jpg
Jurulatih atlet lompat bergalah negara, Roslinda Samsu, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya melakukan 3.80 meter  buat anak didiknya, Nor Sarah Adi, dalam Kejohanan FTKLAA 1ST All-Corners di Kuala Lumpur.

Jelasnya, persiapan Nor Sarah, berada di tahap terbaik meskipun terpaksa direhatkan dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Asian bulan ini susulan kecederaan buku lali.

Nor Sarah sudah mula melakukan latihan ringan serta memperbaiki lompatannya,  namun masih dipantau oleh ahli fisioterapi bagi memastikan dia mampu beraksi dalam kelas terbaik.

Dia mengulangi lompatan terbaiknya, 4.05m -- ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Hanoi tahun lalu -- menerusi Kejohanan Dalam Dewan Asia Taiwan bulan lalu. 

"Dia berlatih dengan baik yang melibatkan larian pendek dalam tempoh seminggu ini.





"Sasaran pertamanya ia mencapai 80 peratus daripada prestasi terbaik. 

"Tahap kecederaan buku lalinya hanya tinggal lima peratus lagi, cuma kena bersabar sedikit untuk dia aktif semula," katanya Roslinda sebentar tadi. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video