NSL
NSL: Terengganu Marvels bukan sekadar pelengkap jadual
Kapten Terengganu Marvels, Siti Aminah Ahmad, enggan pasukannya dilabel sebagai pelengkap dalam saingan Netball Super League (NSL) 2023 apabila memasang impian untuk muncul antara tiga pasukan terbaik musim ini.
Dengan mempertaruhkan gabungan barisan pemain muda dan berpengalaman, Siti Aminah percaya pengendali pasukan, Farhana Mustafa, sudah memiliki perancangan rapi bagi menjulang Marvels dalam penampilan sulung kancah ini.
Justeru, Siti Aminah yang muncul antara watak penting memacu Selangor Angels meraih tempat ketiga musim lalu berharap dapat mengukir namanya bersama pendatang baru NSL itu.
Iklan
"Setiap pasukan melakukan persiapan rapi dan semuanya seimbang. Cuma kami akan lebih usaha untuk mencapai kemenangan.
"Kami sentiasa menjadi 'underdog' dan tidak kira apa jua keputusannya, kami akan berkan tentangan sampai penamat," katanya.
Untuk rekod, Marvels buka kempen dengan langkah kanan selepas mengatasi Negeri Sembilan Venom dengan keputusan 63-26.
Dalam perkembangan sama, barisan pemain Marvels menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Trillion Suites by SLG Kuala Lumpur yang menyediakan kemudahan penginapan pasukan.
Jelas mereka, fasiliti yang tersedia di Trillion Suites sangat selesa dan lengkap bukan sahaja sesuai kepada orang awam malah juga atlet.
"Kami dapat penginapan yang sangat bagus dengan kemudahan kolam renang, gimnasium dan tempat tidur yang selesa bagi persediaan terbaik untuk menghadapi perlawanan seterusnya," kata seorang lagi tonggak, Noramirah Dayana Noor Azhar.
Must-Watch Video