Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Terengganu promosi keindahan negeri

ltdl.jpg
Kerajaan Negeri Terengganu dengan penjenamaan "Beautiful Terengganu" bakal menaja sejumlah RM800,000 selain membantu penyediaan logistik bagi setiap pasukan sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, usaha ini termasuk dalam mempromosikan keindahan negeri Pantai Timur itu.

"Kami harap LTdL dapat diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan untuk mencungkil bakat dan merebut mata UCI.

"Kami berharap kerajaan dapat kekalkan penganjuran LTdL pada masa akan datang," katanya dalam majlis di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebentar tadi. 


 
Dalam masa sama, pelumba dari Terengganu Polygon Cycling Team, Jambaljamts Sainbayar, mengakui saingan yang bermula 23 September itu pasti lebih sengit dan memenangi jersi kuning umpama penghormatan memandangkan perlumbaan diadakan di negeri naungan pasukannya.

"Tahun lalu kami pemecut kami terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kami tinggal empat pelumba sahaja. 

"Dan dengan persiapan yang diadakan, kami mahu buktikan keupayaan sebenar," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video