Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa: Dembélé ledak hatrik, Perancis selesa dahului Norway

Separuh masa: Dembélé ledak hatrik, Perancis selesa dahului Norway

Ousmane Dembélé meledakkan hatrik pada separuh masa pertama untuk membantu Perancis mendahului Norway 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan I Piala Dunia 2026 di Stadium Boston, Foxborough.

Perancis yang memburu kemenangan bagi muncul juara kumpulan memulakan aksi dengan penuh garang apabila hampir membuka jaringan seawal minit pertama. Kylian Mbappé melepaskan diri di sebelah kanan sebelum melakukan rembatan deras, namun percubaannya hanya menggegarkan palang gol.

Skuad Les Bleus akhirnya memecah kebuntuan pada minit keenam menerusi Dembélé. Mbappé bijak melorongkan hantaran tepat kepada penyerang Paris Saint-Germain itu yang memotong ke dalam sebelum menyudahkan peluang dengan tenang ke penjuru jauh gawang Norway.

Perancis terus menguasai permainan dan menggandakan kelebihan pada minit ke-19. Serangan balas pantas yang dimulakan Michael Olise menyaksikan Mbappé sekali lagi bertindak selaku arkitek apabila mengalihkan permainan ke sebelah kanan kepada Dembélé, yang melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk gol keduanya.

Namun, kelebihan dua gol Perancis hanya bertahan seminit apabila Norway bangkit merapatkan jurang. Gerakan pantas sejurus sepak mula menyaksikan Thelo Aasgaard memperdayakan Dayot Upamecano sebelum melepaskan rembatan rendah yang gagal diselamatkan Mike Maignan.

Walaupun diasak seketika, Perancis kembali mengukuhkan cengkaman apabila Dembélé melengkapkan hatriknya pada minit ke-32. Penyerang itu menerima bola di dalam kotak penalti sebelum memotong ke tengah dan melepaskan rembatan kaki kiri yang tepat ke penjuru gol.

Perancis terus mendominasi permainan dengan menguasai 63 peratus penguasaan bola sepanjang babak pertama, sekali gus menyukarkan Norway membina rentak.

Les Bleus hampir menambah jaringan pada minit ke-41 apabila Norway kehilangan bola ketika cuba membina serangan dari kawasan sendiri. Désiré Doué memperoleh peluang keemasan, namun penjaga gol Egil Selvik bertindak cemerlang membaca gerakannya sebelum memenangi perebutan bola.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama, dengan Perancis berada di landasan terbaik untuk menamatkan saingan Kumpulan I selaku juara kumpulan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video