Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Selamat tinggal, berakhir sudah fantasi negara ke-82 FIFA

Curacao

Curacao menjadi pasukan kelapan tersingkir daripada Piala Dunia 2026 selepas tewas kepada Ivory Coast 0-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Philadelphia awal pagi tadi.

Meskipun tidak meraih sebarang kemenangan dan tewas besar 1-7 kepada juara edisi 2014, Jerman, dalam aksi pembukaan namun ia sudah cukup membanggakan buat antara populasi negara terkecil dunia itu yang meraih mata pertama dalam debut kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Satu lagi sejarah yang takkan dilupakan lebih-lebih lagi buat penjaga golnya, Eloy Room, mencipta sensasi tersendiri tatkala melakukan 15 penyelamatan penting dalam perlawanan kedua bertemu Ecuador sebelum ini, sekali gus merupakan enjaga gol kedua dalam sejarah penganjuran Piala Dunia membuat 'saves' terbanyak dalam satu aksi selepas Tim Howard dari Amerika Syarikat (AS) membuat 16 penyelamatan pada 2014.

Negara ke-82 dunia itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila secara rasminya tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya susulan dikecewakan Nicolas Pepe yang menjadi wira Ivory Coast. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video