Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Pasukan tersingkir kalahkan tuan rumah!

Turkiye

Turkiye menamatkan kempen Piala Dunia 2026 dengan tiga mata penuh apabila pulang dengan kemenangan sulung menewaskan tuan rumah, Amerika Syarikat (AS), dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Los Angeles (LA) sebentar tadi.

Selepas melewati dua kekalahan, Turkiye akhirnya berjaya menyumbat gol pada perlawanan terakhir, namun ia sudah terlambat tatkala pasukan kebangsaan itu sudah tersingkir.

AS yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan 32 selaku juara kumpulan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga oleh Auston Trusty dan bintang Real Madrid, Arda Guler, menyamakan kedudukan 1-1 untuk Turkiye terus mengasak benteng AS.

Negara ke-31 dunia itu kemudiannya berada di hadapan selepas Baris Alper Yilmas menampan bola menewaskan penjaga gol tuan rumah, Matt Turner, sebelum tamat separuh masa pertama.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino tidak menunggu lama sebaik babak kedua bermula dengan bijak mencuri peluang untuk mengimbangi permainan kali ini melalui rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Sebastian Berhalter.

Tatkala kedua-dua pasukan seri 2-2, Arda Guler watak penting Turkiye mencipta kejutan dengan gerakan cantiknya di tepi padang membuahkan hasil apabila Kaan Ayhan menyudahkan bola muntah saat akhir pada minit ke-98 untuk mereka menang. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video