Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Haaland di bangku simpanan, Mbappe terus jadi sandaran Perancis dalam aksi penutup

Piala Dunia 2026: Haaland di bangku simpanan, Mbappe terus jadi sandaran Perancis dalam aksi penutup

Penyerang sensasi Norway, Erling Haaland, direhatkan apabila hanya disenaraikan di bangku simpanan dalam aksi terakhir Kumpulan I menentang Perancis di Piala Dunia 2026, sebentar lagi.

Dengan kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati, pengendali Norway, Ståle Solbakken, mengambil keputusan merehatkan beberapa tonggak utama sebagai persiapan menghadapi aksi seterusnya.

Secara keseluruhan, Norway melakukan 10 pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding perlawanan terdahulu, dengan Jørgen Strand Larsen mengetuai jentera serangan.

Berbeza dengan Norway, Perancis masih menurunkan kapten mereka, Kylian Mbappe, walaupun turut membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama.

Skuad Les Bleus bagaimanapun dikendalikan oleh penolong jurulatih, Guy Stéphan, selepas ketua jurulatih Didier Deschamps pulang ke Perancis bagi menghadiri upacara pengebumian ibunya.

Perancis mempertaruhkan Mike Maignan di gawang, dibantu barisan pertahanan Jules Kounde, Dayot Upamecano, Maxence Lacroix dan Theo Hernandez.

Di bahagian tengah, Manu Koné bergandingan dengan Aurélien Tchouaméni, manakala trio Michael Olise, Désiré Doué dan Ousmane Dembélé menyokong Mbappe di bahagian serangan.

Norway pula menurunkan Egil Selvik sebagai penjaga gol dengan Leo Østigård, Fredrik Bjørkan, Henrik Falchener dan Patrick Berg mengemudi benteng pertahanan.

Aksi itu lebih dilihat sebagai medan untuk kedua-dua pasukan menguruskan kecergasan pemain menjelang cabaran sebenar di pusingan kalah mati, selain memberi peluang kepada pemain simpanan membuktikan kemampuan mereka di pentas Piala Dunia.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video