Skip to main content

Bola Sepak

RTM-Astro terus jalin kerjasama

Astro

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kandungan berkualiti terus dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform penyiaran.

Kedua-dua pihak berpandangan bahawa landskap media massa kini memerlukan pendekatan yang lebih progresif, inklusif dan berorientasikan masa hadapan, selaras dengan perubahan teknologi serta corak penggunaan media yang semakin berkembang.

Sehubungan itu, RTM dan Astro komited untuk terus memperluas kerjasama strategik yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara serta menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan, berdaya saing dan relevan.

Kedua-dua pihak turut menyambut baik peluasan penyiaran saluran-saluran RTM di platform Astro, termasuk Sukan+, Berita RTM serta rangkaian saluran radio RTM. Inisiatif ini dijangka memperluas akses rakyat kepada kandungan awam yang berkualiti, dipercayai dan relevan, di samping memperkukuh penyampaian maklumat berkepentingan nasional kepada pelbagai lapisan masyarakat.

RTM dan Astro turut berkongsi aspirasi yang sama untuk mewujudkan ekosistem media yang mampan, mesra pengguna dan memberikan nilai terbaik kepada rakyat. Seiring perkembangan teknologi serta peningkatan pilihan platform media, kedua-dua pihak percaya kerjasama yang lebih erat antara pemain industri adalah penting bagi memastikan akses kepada kandungan berkualiti dapat terus diperkasakan pada kos yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.  

Rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2 dan TV Okey di platform Astro, NJOI dan Sooka. Peluasan penawaran saluran RTM melalui Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM pula akan mula tersedia kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.  

RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti, dipercayai dan relevan. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video